Sunday, 25 March 2012

TOPOLOGI BAS ATAU LINEAR BAS (BUS OR LINEAR BUS)

Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator)  yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet dan LocalTalk

»»  selanjutnya.

Saturday, 24 March 2012

TOPOLOGI RANGKAIAN

Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.

  1. Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals).

  2. Topologi logikal merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.

Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:

1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)

2. Topologi Bintang (Star)

3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)

4. Topologi Pepohon (Tree)

5. Topologi Hierarki

»»  selanjutnya.

Friday, 23 March 2012

Fungsi-fungsi Peranti Rangkaian

FUNGSI SERVER

S 
erver  adalah sebuah sistem komputer yang menyediakan jenis perkhidmatan tertentu didalam sebuah rangkaian komputer. Server disokong dengan pemprosesan yang bersifat ‘scalable’ dan RAM yang besar. Server juga dilengkapi dengan sistem operasi yang khusus, yang disebut sebagai   sistem operasi rangkaian. Server juga menjalankan perisian pentadbiran yang mengawal akses kepada rangkaian dan sumber-sumber yang terdapat didalamnya, seperti fail atau pencetak, dan juga memberikan akses kepada stesen kerja. Secara umumnya, didalam sistem operasi server ini terdapat pelbagai perkhidmatan yang menggunakan senibina klient / server. Contoh dari perkhidmatan ini adalah Protokol Tatarajah Hos Dinamik, server surat, server PTH, server PTB, DNS server, dan sebagainya. 

FUNGSI SWITCH


S 
witch merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa penghantaran data kepada destinasinya. Ia turut dimuatkan fungsi router iaitu perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju dari router. Switch selalunya berada pada lapisan ke 2 iaitu lapisan Data Link. Namun terdapat switch baru yang berfungsi pada lapisan ke 3 iaitu lapisan Network (IP switches). Dalam rangkaian yang besar, perjalanan data dari satu switch ke switch yang berada didalam rangkaian yang berlainan dikenali sebagai hop. Masa yang diambil oleh switch untuk menghantar data pula dikenali sebagai latency. Switch boleh dijumpai pada peringkat rangkaian backbone dan gateway dimana satu rangkaian bersambung dengan rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang lain. Dalam rangkaian yang mudah pula, switch tidak diperlukan untuk mesej yang dihantar dan diterima didalam rangkaian. Sebagai contoh, Local Area Network boleh menggunakan token ring atau token bus dimana setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk mengetahui sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau tidak. Ia memecahkan keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipanggil segmen. Setiap portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri. Switch juga merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.

FUNGSI WORKSTATION ( STESEN KERJA )

W 
orkstation adalah komputer-komputer yang disambungkan dan dihubungkan dengan internet (dikenali sebagai rangkaian internet). Fungsi-fungsi pengurusan rangkaian stesen kerja adalah menjalankan tugas-tugas pentadbiran pada stesen kerja tempatan ataupun jauh. Hanya pengguna atau permohonan dengan keahlian kumpulan admin, pada pelayan tempatan atau jauh, boleh melaksanakan tugas-tugas pentadbiran pada stesen kerja untuk mengawal operasi, akses pengguna, dan perkongsian sumber.

FUNGSI MODEM 


M 
odem yang merupakan singkatan kepada Modulator-Demodulator akan menghubungkan satu komputer dengan komputer lain melalui rangkaian tertentu. Ia menukar (modulasi) isyarat digital (perwakilan bit: 0 & 1 sahaja) dari komputer kepada isyarat analog (perwakilan yang tidak tetap) apabila isyarat itu melalui medium seperti talian telefon kemudiannya modem pada komputer destinasi akan menukarkan (demodulasi) isyarat analog tersebut kepada digital semula agar difahami oleh komputer. Kemampuan modem membawa data pada kadar sesaat di tentukan berdasarkan kebolehan modem. Sebagai contoh, modem 56Kbps mampu membawa data pada kadar maksima iaitu 56 kilo bait per saat. Namun keadaan ini berbeza bagi modem yang dihubungkan ke rangkaian Internet, walaupun mempunyai kadar maksima pada kadar 56 Kbps, namun faktor kesibukan rangkaian akan mempengaruhi kadar capaian. Sekiranya lebih ramai pengguna yang menggunakan rangkaian pada satu masa tertentu, maka kadar capaian akan menurun kerana ianya akan dibahagi sama rata diantara para pengguna yang lain. Pada situasi yang kritikal, pelayan mungkin akan mengalami masalah seperti "server down" sekiranya pelayan tidak dapat menampung bilangan pengguna. Namun masalah sebegini tidak disebabkan oleh modem. Selain itu, modem juga boleh berfungsi sebagai "pendail" sekiranya telefon di pasangkan pada komputer.

FUNGSI ROUTER 

R 
outer atau penghala berfungsi sebagai penghubung di antara dua atau lebih rangkaian untuk meneruskan data dari satu rangkaian ke rangkaian yang lain. Router adalah berbeza dengan switch. Switch merupakan penghubung beberapa alat untuk membentuk suatu Local Area Network (LAN). Sebagai ilustrasi, perbezaan fungsi router dan switch, switch merupakan suatu jalanan, dan router merupakan penghubung antara jalan. Masing-masing berperanan sebagai perumah yang berada pada jalan, yang mempunyai alamat di dalam suatu susunan tertentu. Dengan cara yang sama, switch menyambung pelbagai alat, dimana masing-masing mempunyai alamat IP sendiri pada sesebuah LAN.
Router sangat banyak digunakan didalam rangkaian berasaskan teknologi protokol TCP / IP, dan router jenis itu disebut juga dengan IP Router. Selain IP Router, terdapat AppleTalk Router, dan masih ada beberapa jenis router yang lain. Internet merupakan contoh utama dari sebuah rangkaian yang mempunyai banyak router IP.  

FUNGSI NETWORK INTERFACE CARD ( NIC )
 
N 
etwork Interface Card (NIC) / Kad Antara Muka Rangkaian  juga dikenali sebagai pengawal rangkaian antara muka, adapter rangkaian, rangkaian kad atau kad bersih, yang merupakan salah satu komponen yang paling asas dalam rangkaian kawasan tempatan (LAN). Ia direkabentuk untuk berkomunikasi diantara komputer dengan rangkaian. Tidak kira jenis sambungan, pasangan terpiuh, kabel sepaksi atau gentian optik, komunikasi data hanya boleh dicapai dengan bantuan kad bersih.

Begitu juga dengan kad bunyi dan peranti lain, kad NIC perlu mempunyai pemandu sendiri untuk dipadankan. Fungsi utama penyesuaian rangkaian untuk mengambil data, menghantar kepada kabel rangkaian dari komputer, membahagikan data kepada paket yang sesuai dan menghantarnya kepada rangkaian untuk membolehkan komputer mengakses rangkaian itu. Setiap kad NIC mempunyai cip ROM yang mengandungi nombor unik, dan kawalan akses media (MAC) alamat yang kekal.

FUNGSI REPEATER (  PENGULANG )


R 
epeater merupakan perkakasan yang mampu memanjangkan jarak maksima bagi sesebuah rangkaian seperti LAN. Repeater akan mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya, menyegarkannya semula kemudian menghantarnya  kepada LAN. Dengan kata yang lain, ia adalah satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya. Satu siri repeater boleh memanjangkan isyarat pada jarak yang lebih jauh. Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkaian kawasan setempat (LAN). Ia turut digunakan untuk memperkuat dan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan wilayah (WAN) melalui media wayar dan tanpa wayar (wireless). Dalam sistem kabel, repeater boleh terdiri dari litar amplifier dan beberapa transformer isyarat. Dalam sistem komunikasi tanpa wayar, repeater terdiri daripada penerima radio, amplifier, transmitter, isolator dan dua antenna. Dalam rangkaian gentian optik, repeater terdiri daripada photocell, amplifier, light-emitting diode (LED) atau infrered-emitting diode.

FUNGSI BRIDGE ( JAMBATAN )

B 
ridge atau jambatan digunakan untuk menggabungkan dua buah media rangkaian yang berbeza, seperti  antara media kabel Unshielded Twisted-Pair (UTP) dengan kabel serat optik atau dua buah senibina rangkaian yang berbeza, seperti antara Token Ring dan Ethernet. Bridge akan membuat isyarat yang dihantar oleh penghantar tapi tidak melakukan penukaran terhadap protokol, sehingga dua segmen rangkaian yang disambungkan ke jambatan tersebut mesti berada pada protokol rangkaian yang sama (seperti TCP / IP). Jambatan rangkaian juga kadang-kadang menyokong protokol Simple Network Management Protocol (SNMP), dan beberapa di antaranya mempunyai ciri-ciri diagnosis yang lain.


»»  selanjutnya.

Sunday, 18 March 2012

TELEKOMUNIKASI (PERALATAN TELEFON)

                       


Telefon adalah alat telekomunikasi yang dapat mengirimkan pembicaraan melalui signal listrik. Umumnya pencipta telefon adalah Alexander Graham Bell, dengan telefon pertama dibuat di Boston, Massachusetts, pada tahun 1876. Tetapi, pencipta Italia Antonio Meucci telah menciptakan telefon pada tahun 1849, dan pada September 2001, Meucci dengan rasmi diterima sebagai pencipta telefon oleh kongres Amerika, dan bukan Alexander Graham Bell.

Mekanisme telefon

  • Mekanisme telefon membolehkan seorang pengguna telefon mendail nombor yang ingin dipanggil. Pada kebanyakan telefon, mekanisme telefon terdiri dari butang sebanyak 12 butang, yang terdiri dari butang 0 sampai 9, tbutang bintang (*), dan tanda pagar (#).
»»  selanjutnya.

Tuesday, 13 March 2012

TYPE  AND FUNCTION OF COMMUNICATION

TYPE OF COMMUNICATION
        1)      Verbal Communication

Ø Communication process that used voice (language/words) as communication medium.
Ø  Meaning or massage that we want to deliver will be influence by;

                -Voice
                -Inflection (Intonation-high/low)
                -Speaking ratio(maklum balas)

        2)      Non Verbal Communication
                -Symbol
                -Face expression
                            -Gestures


                         3)  Mediated Communication

               -Using media to deliver something with
               -Writing
               -Reading
               -Watching television
               -Movie (film)
               -Computer
               -Radio, etC




     4)   Face to Face Communication

        -Learning in the classroom
        -Demonstration (Instructor with students)
        -Feedback


 FUNCTION OF COMMUNICATION

•    To delivery information (to inform)
•    To teach, (to educate)
•    To convey, to influence (to persuade)
•    To motivation
•    To entertain (relationship & entertainment)
»»  selanjutnya.

Sunday, 11 March 2012

SEJARAH TELEKOMUNIKASI MALAYSIA

Bagi membolehkan perhubungan atau komunikasi dua hala antara pengguna yang berada di dua tempat yang jauh, teknologi telekomunikasi diperlukan dan penciptaan telegraf dan juga telefon merealisasikan matlamat tersebut. Malaysia yang telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang teleko­munikasi bermula sejak 1987 apabila Jabatan Telekom Malaysia (JTM) telah diswastakan menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad (Telekom Malaysia).

Bagaimanapun, sejarah bidang telekomunikasi tidak hanya bermula sejak tahun tersebut kerana ia telah bermula sejak 1870-an lagi dengan pengenalan alat telegraf.
Teknologi telegraf sebenarnya telah diperkenalkan pada 1937 oleh Samuel Morse dan
kemudian mempatenkan sistem telegraf itu.
Telegraf yang menggunakan kod Morse bagi menyampaikan pesanan dikenali juga sebagai alat 'ketuk-ketuk' kerana pengguna terpaksa mengetuk-ngetuk untuk menyampaikan bahasa isyarat mengikut kod itu. Telegraf telah mula digunakan di negara ini sejak 1870-an iaitu pada zaman kolonial.la diperkenalkan beitujuan mem­bolehkan perhubungan pegawai-pegawai British dengan dunia luar. 
Sejarah telekomunikasi negara bermula dengan pen­genalan perkhidmatan pos dan telegraf yang ketika itu dianggap sebagai satu perkhidmatan saling berkait dan telefon pertama muncul di tanah air pada tahun 1874 yang dipasang di kediaman Residen British di Perak. Pada 1876, satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga pejabat pembantu Residen di Taiping. Pemasangan talian tersebut telah memberikan pulangan yang baik kepada Jabatan Pos dan Telegraf yang mempunyai pejabat di Taiping dan ia menja­di titik tolak berkembangnya teknologi telekomunikasi di negara ini. Teknologi telekomunikasi tersebut kemudiannya berkembang sehinggalah zaman penjajahan Jepun yang mana menyaksikan banyak talian dan set tele­fon dirosakkan kecuali untuk kegunaan pemerintahan Jepun di negara ini. 

Pada tahun 1963, iaitu selepas tertubuhnya Malaysia melalui pergabungan Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah, Sabah dan Singapura -beberapa perkembangan menarik dalam bidang telekomunikasi negara telah berlaku. la merupakan kali pertama penduduk di Semenanjung Malaysia diperkenalkan dengan televisyen dan perkembangan bidang teleko­munikasi semakin melonjak selepas itu termasuk pengenalan sistem yang lebih canggih. Kemajuan dalam teknologi komputer yang mempunyai hubungkait dengan telekomunikasi '' seterusnya membawa negara ke era baru dengan pengenalan pelbagai perkhidmatan komunikasi data, selain perkhidmatan suara dan data melalui teleks sebelum ini.

Pada tahun 1983, komunikasi data pertama diperkenalkan dengan penge­nalan perkhidmatan Datel yang mana syarikat boleh menyewa litar talian suwa (lease) peribadi yang mana rangkaian telefon biasa digunakan untuk komunikasi data melalui komputer.
Komunikasi tanpa wayar yang menggunakan radio selular mula melanda negara ini pada 1985 apabila perkhidmatan ATUR diperkenalkan dan Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia menjadi pengguna perkhidmatan tersebut. Selepas penswastaan JTM pada 1987, pembangunan telekomunikasi semakin rancak di bawah Syarikat Telekom Malaysia Berhad (Telekom Malaysia) iaitu badan baru yang beroperasi sebagai sebuah syarikat korporat.

Pada 1988 juga, Celcom Sdn Bhd telah ditubuhkan dibawah STM Cellular Communication Sdn Bhd. yang awalnya dimiliki STM (atau Telekom Malaysia) yang diberi lesen mengendalikan sistem komunikasi selular Syarikat itu kemudiannya dimiliki oleh Technology Resources Industries (TRI) pada 1992 yang terkenal dengan perkhidmatan talian 019 dan kini Celcom kembali berada di bawah naungan Telekom Malaysia (TM).

Teknologi telekomunikasi terus berkembang dan berevolusi dengan memasuki era telekomunikasi bertalian dan tanpa wayar dengan kemunculan pelbagai syarikat baru seperti TIME , Maxis, Digi yang menjadi saingan kepada Celcom dan Telekom Malaysia
yang kini dikenali sebagai TM. Selain daripada perkembangan dalam dunia telefon biasa dan telefon bimbit, rangkaian jalur lebar untuk kedua-dua perkhidmatan itu semakin popular masa kini.

Untuk pengguna telefon bimbit, perkhidmatan 3G telah membolehkan mereka mendapat rangkaian berkelajuan tinggi dan rangkaian jalur lebar untuk talian telefon biasa  (yang mengunakan kabel copper) juga telah diperkenalkan, selain kabel fiber Sejak pengenalan projek Koridor Raya Multimedia (MSC) 10 tahun lepas, pelbagai aplikasi multimedia seperti persidangan video, pembelajaran melalui Internet dan sebagainya telah diperke­nalkan yang menyebabkan rangkaian telekomunikasi sentiasa dipertingkatkan di negara ini.

»»  selanjutnya.

SISTEM TELEKOMUNIKASI

PENGENALAN SISTEM TELEKOMUNIKASI MODEN

Dari segi perkembangan sistem telekomunikasi, teknologi telefon bimbit telah maju dengan pesat sejak awal 1990-an. Kini hampir semua individu, tidak kira tua atau muda, memiliki sebuah atau lebih telefon bimbit. Telefon bimbit hari ini juga digunakan untuk pelbagai tujuan dan aplikasi lain lagi daripada hanya sebuah alat komunikasi. Masyarakat moden kini banyak bergantung kepada pelbagai jenis teknologi untuk memudahkan penyelenggaraan sistem pengangkutan, pekerjaan dan perhubungan. 
Bagaimanapun, dengan kesedaran kesihatan diri yang semakin meningkat, orang ramai mula menilai tentang kemungkinan wujud ancaman penyakit seperti kanser terhadap diri mereka akibat pendedahan terlalu lama kepada gelombang frekuensi radio (RF) telefon bimbit dan menara pemancar telekomunikasi yang dipasang berhampiran kediaman penduduk setempat. Seterusnya kita akan cuba mendalami isu-isu berkenaan dengan impak daripada penggunaan telefon bimbit dan teknologi telekomunikasi moden hari ini.


KESAN SISTEM TELEKOMUNIKASI MODEN ATAS KESIHATAN MANUSIA

Kajian yang dijalankan di beberapa buah negara Eropah semenjak daripada tahun 1999 lagi telah mengaitkan risiko ketumbuhan telinga dan otak akibat gelombang telefon bimbit.
Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah institut penyelidikan perubatan di Sweden pada tahun 2007 telah mendapati wujud kemungkinan risiko tumor telinga empat kali ganda dalam kalangan orang yang menggunakan telefon selular lebih daripada sepuluh tahun yang lalu.
Bagaimanapun, kajian itu tidak konklusif. Begitu juga dengan satu lagi kajian lain mengenai RF yang dijalankan di Jerman.Oleh itu kesahihan penemuan kajian adalah terbuka untuk pertikaian umum. Namun, ramai saintis di Eropah menyarankan kanak- kanak perlu dielakkan daripada menggunakan telefon bimbit kerana kesannya kepada kesihatan muda mereka.
»»  selanjutnya.