Sunday 11 March 2012

SISTEM TELEKOMUNIKASI

PENGENALAN SISTEM TELEKOMUNIKASI MODEN

Dari segi perkembangan sistem telekomunikasi, teknologi telefon bimbit telah maju dengan pesat sejak awal 1990-an. Kini hampir semua individu, tidak kira tua atau muda, memiliki sebuah atau lebih telefon bimbit. Telefon bimbit hari ini juga digunakan untuk pelbagai tujuan dan aplikasi lain lagi daripada hanya sebuah alat komunikasi. Masyarakat moden kini banyak bergantung kepada pelbagai jenis teknologi untuk memudahkan penyelenggaraan sistem pengangkutan, pekerjaan dan perhubungan. 
Bagaimanapun, dengan kesedaran kesihatan diri yang semakin meningkat, orang ramai mula menilai tentang kemungkinan wujud ancaman penyakit seperti kanser terhadap diri mereka akibat pendedahan terlalu lama kepada gelombang frekuensi radio (RF) telefon bimbit dan menara pemancar telekomunikasi yang dipasang berhampiran kediaman penduduk setempat. Seterusnya kita akan cuba mendalami isu-isu berkenaan dengan impak daripada penggunaan telefon bimbit dan teknologi telekomunikasi moden hari ini.


KESAN SISTEM TELEKOMUNIKASI MODEN ATAS KESIHATAN MANUSIA

Kajian yang dijalankan di beberapa buah negara Eropah semenjak daripada tahun 1999 lagi telah mengaitkan risiko ketumbuhan telinga dan otak akibat gelombang telefon bimbit.
Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah institut penyelidikan perubatan di Sweden pada tahun 2007 telah mendapati wujud kemungkinan risiko tumor telinga empat kali ganda dalam kalangan orang yang menggunakan telefon selular lebih daripada sepuluh tahun yang lalu.
Bagaimanapun, kajian itu tidak konklusif. Begitu juga dengan satu lagi kajian lain mengenai RF yang dijalankan di Jerman.Oleh itu kesahihan penemuan kajian adalah terbuka untuk pertikaian umum. Namun, ramai saintis di Eropah menyarankan kanak- kanak perlu dielakkan daripada menggunakan telefon bimbit kerana kesannya kepada kesihatan muda mereka.

No comments:

Post a Comment