Thursday 29 March 2012

TOPOLOGI PEPOHON (TREE)

Topologi ini merupakan kombinasi karektor-karektor dari topologi-topologi bas dan bintang. Ia mengandungi beberapa kumpulan stesen kerja berbentuk bintang yang dirangkaikan dengan kabel yang menjadi tulang belakang (backbone) kepada suatu topologi berbentuk topologi bas.
Topologi  Pepohon ini membenarkan suatu perluasan atau pengembangan bentuk dari suatu rangkaian yang telah wujud dan ini turut membolehkan sekolah-sekolah menyelaraskan satu rangkaian yang memenuhi kehendak mereka.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON
KEBAIKAN TOPOLOGI PEPOHON 


1. Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untik setiap invidu segmen.2. Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang pelbagai iaitu saling melengkapi di antara satu sama lain.

KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON


1.Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad mengikut
  jenis kabelyang digunakan.
2.Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan,
  keseluruhan segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk
  beroperasi.
3.Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding dengan
  topologi-topologi yang lain. ATURAN 5-4-3Satu perkara yang perlu
  dipertimbangkan semasa membina rangkaian topologi pepohon melalui
  penggunaan protokol Ethernet ialah Aturan 5-4-3. Satu aspek di
  dalam protokol
Ethernet memerlukan satu isyarat dihantar keluar melalui kabel rangkaian dan melalui setiap bahagian di dalam rangkaian di dalam jangkamasa yang spesifik. Setiap concentrator atau pengulang (repeater) yang dilalui oleh isyarat telah menambahkan bilangan masa lagi. Ini membawa kepada penetapan di mana, apabila terdapat dua nod di dalam rangkaian, hanya sebanyak 5 segmen sahaja yang dibenarkan pada tahap maksima.Kemudian,  5 segmen tersebut disambungkan melalui 4 pengulang (repeaters) atau concentrators. Sebagai tambahan, hanya 3 daripada segmen tersebut yang boleh diperkembangkan hanya jika ia dibuat daripada kabel koaksial.

Satu perkembangan segmen bermaksud satu segmen yang mengandungi satu atau lebih nod yang disambungkan kepadanya. Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak boleh diikuti oleh protokol rangkaian yang lain  atau protokol Ethernet bila mana kesemua kabel yang digunakan adalah kabel fiber optik. Rangkaian hierarki ini mengagihkan sumber ke seluruh organisasi mengikut keperluan sesuatu peringkat pengurusan. Peringkat yang terendah ialah peringkat pengguna yang kuasa pengkomputeran mereka dibekalkan hanya untuk kerja-kerja rutin sahaja.

Peringkat ini dipautkan kepada peringkat yang lebih tinggi daripadanya dan kepada sistem maklumat yang berkaitan. Rangkaian hierarki ini menggunakan komputer kecil yang dimasukkan ke dalam komputer pusat yang lebih besar. Walaupun setiap kaki pada hierarki ini boleh dikendalikan sendiri, kesemuanya dikawal oleh sistem utama.

No comments:

Post a Comment