Monday 2 April 2012

KABEL INTERNET DASAR LAUT





Menurut wikipedia, Komunikasi kabel bawah laut pertama membawa data telegrafi. Generasi berikutnya membawa komunikasi telefon, dan kemudian data komunikasi. Seluruh kabel moden menggunakan teknologi optik fiber untuuk membawa data digital, yang kemudian juga untuk membawa data telefon, internet, dan juga data peribadi. Operator telekomunikasi di Indonesia pada era 1990-an sudah menggunakan kabel laut untuk menghubungkan pulau-pulau di Nusantara. Penggunaan kabel laut fiber optik memiliki banyak keuntungan dibandingkan menggunakan Digital Micro wave (Radio Terrestrial) yang memiliki bandwidth sederhana, sehingga penggunaan kabel fiber optik semakin banyak di darat mahupun di laut. Pemasangan kabel laut dilakukan oleh kapal kabel (Cableship) yang dirancang khusus untuk memasang kabel laut, Cableship memiliki keistimewaan, kerana tidak dapat memasang pada lokasi air cetek, sehingga untuk kawasan air cetek (Shore End) biasanya menggunakan Barge Cable, yang mampu sampai pada ke dalam air 1 meter. Sejak 2003, kabel bawah laut telah menghubungkan seluruh benua dunia kecuali Antarktika.



Bahagian Kabel Internet Dasar Laut
1 - Polyethylene
2 - Mylar tape
3 - Stranded steel wires
4 - Aluminium water barrier
5 - Polycarbonate
6 - Copper or aluminium tube
7 - Petroleum jelly
8 - Optical fibers


Bukan senang kerja nak menarik kabel ni dari satu negara ke satu negara. Fiber optik yang digunakan pun bukan yang biasa-biasa punya. Kalis letupan, kalis air semua ada. Jadi kalau sekali sekala internet tu lembap jangan lah marah-marah ye, cuba bayangkan perjalanan jauh yang harus internet tersebut nak tempuh.

»»  selanjutnya.

Sunday 1 April 2012

TEKNOLOGI WAYARLES



logo_wireless_icon
Dalam perkembangan peringkat telekomunikasi tentunya kita sering mendengar mengenai wireless, wireless merupakan penghubung dua perangkat yang tidak mengunakan media kabel. teknologi wireless merupakan teknologi tanpa kabel, dalam melakukan hubungan telekomunikasi tidak lagi mengunakan media atau  kabel tetapi dengan menggunakan gelombang elektromagnetik sebagai pengganti kabel.


Pada masa kini perkembangan teknologi wireless berkembang dengan pesat, dimana setiap saat kita selalu memerlukan telokominikasi, hal ini dapat terbukti dengan semakin banyaknya penggunaan telefon bimbit, selain itu berkembang pula teknologi wireless yang digunakan untuk mengakses internet :



* Infrared (IR)
* Wireless wide area network (bluetooth)
* Radio Frequency (RF)
* Wireless personal area network /telefon bimbit(GSM/CDMA)
* Wireless lan (802.11)


Beberapa Contoh Teknologi Wireless

1. Teknologi yang sudah lama namun, pasti kita tidak begitu sedar itu merupakan salah satu Wireless, iaitu Frekuensi Radio. Frekuensi Radio ini merupakan salah satu perintis Wireless, yang sekarang sudah banyak digunakan dalam teknologi selanjutnya seperti bluetooth dan lain-lain.


2. Selanjutnya iaitu Infra Merah atau lebih dikenal Infra Red. Infra Red ini terbukti apabila digunakan sebagai alat transmisi data, ianya sudah digunakan dalam Remote TV atau berbagai Remote lain-nya. Pasti banyak dari Anda yang tidak mengetahuinya.


3. Lalu teknologi yang paling terkenal sehingga sekarang, iaitu BlueTooth. Pasti Anda sudah tahu semua. Teknologi BlueTooth ini merupakan modifikasi dari Frekuensi Radio, berbeza dengan Infra Red yang menggunakan medium cahaya. BlueTooth ini merupakan teknologi wireless standard  yang berfungsi untuk pertukaran data dari jarak dekat menggunakan frekuensi radio sebesar 2,4Ghz.
 Teknologi ini memang terus berkembang sampai sekarang, dari yang dahulu masih Wireless 1G sampai sekarang yang 4G.\
»»  selanjutnya.

INTERNET

Internet ialah semua rangkaian komputer di seluruh dunia yang disambungkan dengan rangkaian yang lebih kecil dan bergerak lebih perlahan. Ia mempunyai amat banyak maklumat untuk dicapai oleh sesiapa sahaja, dan ia menyediakan penghantaran maklumat serta-merta ke seluruh dunia. Ini membolehkan manusia di seluruh dunia berkomunikasi di antara satu sama lain dalam masa beberapa minit sahaja.

 Oleh sebab Internet semakin bertambah popular, ia akan menjadi sebahagian daripada hidup anda. Pada mulanya, Internet hanya terdapat di dalam sistem pendidikan, perbadanan, kerajaan atau agensi lain, dan sangat mahal serta sukar untuk mendapatkan laluan ke Internet. Pada masa ini, Internet boleh disambung melalui pelbagai kaedah menggunakan khidmat komersil atau Penyedia Khidmat Internet (Internet Service Provider- ISP) yang semakin bertambah bilangannya.

Internet tidak lagi terhad kepada pakar teknikal atau individu yang pandai komputer sahaja. Sesiapa sahaja yang ada laluan komputer boleh menggunakan Internet sebelum dekad ini berakhir. Internet akan terus berubah dan berevolusi.Teknologi baru akan terus muncul dan menyebabkan sesetengah teknologi sekarang menjadi usang. Walaupun Internet berada pada tahap perkembangan awal, inilah masanya untuk meneroka dan menjelajahi maklumat yang begitu banyak yang didapati pada Internet. Pertumbuhan Internet yang pesat telah mewujudkan cara baru untuk berkomunikasi. Popularitinya dicerminkan oleh pelbagai media yang kita gunakan pada hari ini.
 
Setiap hari, televisyen, radio dan media cetak mewar-warkan rujukan URL, atau alamat lokasi Internet mereka pada penghujung rancangan masing-masing. Banyak syarikat yang telah melabur masa dan wang mereka pada Internet. Di antara komponen Internet yang penting ialah Web. World Wide Web telah berkembang menjadi suatu cara baru berkomunikasi dengan jutaan manusia. Di dalam tempoh antara bulan Julai 1995 hingga Januari 1996, bilangan komputer yang tersambung secara langsung kepada rangkaian fizikal Internet, yang juga dikenali sebagai hos, telah meningkat sekurang-kurangnya 70%. 

 Pertumbuhan Internet yang mendadak boleh dikatakan akibat daripada perkembangan penyemak seimbas (browser) Web bergrafik yang begitu pantas. Komponen grafik Web telah mewujudkan suatu media baru kepada banyak syarikat untuk mengiklankan produk mereka dan untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

 Walaupun Web merupakan komponen Internet yang penting, namun begitu ada juga bahagian-bahagian lain Internet yang dapat membawa anda kepada penemuan yang menarik. Di antaranya ialah tapak Gopher dan FTP. Sistem pacuan menu tapak Gopher mengandungi teks dan maklumat lain. Pelayan FTP juga membolehkan anda memuat turun (download) fail teks dan juga fail audio serta video. Dengan pelayan FTP, fail dari sistem yang jauh boleh dipindahkan ke komputer pengguna.
 
Mel elektronik, atau e-mail merupakan satu lagi alat penting yang boleh digunakan. e-mail menyediakan cara pantas untuk berhubung dengan orang lain dalam jabatan yang sama mahupun di seluruh dunia. Berbanding dengan kiriman surat melalui perkhidmatan pos yang mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu, mesej mel-e dapat disampaikan di dalam beberapa minit sahaja. 

 Sama seperti
e-mail, kumpulan berita merupakan satu lagi cara berkomunikasi dengan orang lain. Kumpulan berita ialah forum perbincangan dalam Usenet, tempat pengguna bertukar-tukar fikiran tentang tajuk yang khusus. Menghantar mesej kepada kumpulan berita sama seperti menghantar mesej kepada semua orang dalam suatu senarai mel yang besar.
 Kebanyakan alat Internet ini dapat dimasuki melalui penyemak seimbas Web seperti Netscape Navigator atau Internet Explorer. Tapak Web, Gopher dan FTP boleh menukar malahan membina rangkaian yang terputus. Oleh kerana sifat Internet yang sentiasa berkembang, pengalaman Internet pengguna akan berubah setiap kali pengguna menggunakan penyemak seimbas Web.
»»  selanjutnya.